[JOHOR] FUNGSI Pusat Penilaian COVID-19 (CAC - COVID-19 Assesment Centre)

  1. CAC akan mengklasifikasi tahap pesakit COVID-19 untuk menentukan pengurusan pesakit yang seterusnya, termasuk kelulusan rawatan di rumah. Secara amnya, satu daerah mempunyai satu CAC, dan ada kemungkinan wujudnya dua (2) atau lebih CAC bergantung kepada bilangan pesakit yang diuruskan.
  2. CAC akan berperanan mengenal pasti pesakit yang sesuai untuk dipantau di rumah. Petugas CAC kemudian akan memantau dan menilai pesakit di rumah menggunakan Home Assessment Tool (HAT). Pasukan CAC juga akan bertindak mengenal pasti dan menilai pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk.
  3. CAC juga akan mengenal pasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) atau hospital iaitu pesakit Kategori 1 & 2 yang tidak sesuai untuk ditempatkan dan tidak sesuai dipantau dari rumah. CAC juga berfungsi untuk menyelaras rujukan dari klinik kesihatan ke PKRC atau ke hospital.
  4. Setiap CAC di peringkat daerah diketuai oleh seorang koordinator. Orang ramai yang mempunyai keperluan boleh menghubungi CAC melalui nombor telefon yang akan dinyatakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing.

Senarai COVID-19 Assessment Center (CAC) Negeri Johor

Visit Office Website: covid-19.moh.gov.my